
Adi PutraPETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra belum memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof.
Adi,32, berkata, mereka akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.
“Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut.
“Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini,” katanya kepada portal dailychilli.com di sini, Khamis.
Adi Putra dan isterinya ketika menunaikan umrah pada 8 Mei lalu.Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku.
Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi drama bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.
“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saya jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,” katanya.
Pelakon itu dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.
GESAAN ahli-ahli Majlis Peguam yang meminta dipercepatkan penubuhan Akademi Undang-Undang menggambarkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang mendalam terhadap Majlis Peguam kerana ternyata semakin jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.
Jika ahli sendiri menyuarakan gesaan sedemikian, jelas Majlis Peguam telah gagal melaksanakan fungsinya. Majlis tersebut yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan peguam dan memartabatkan profesion undang-undang di negara ini kini lebih mirip menjadi perkakas kepada parti politik pembangkang dan pihak berkepentingan.
Hari ini Majlis Peguam memonopoli amalam guaman di negara ini. Mereka yang ingin mengamalkan profesion undang-undang mesti menjadi ahli majlis tersebut. Ini menjadikan Majlis Peguam sebagai suatu kuasa mutlak sedangkan tidak kesemua pandangannya dipersetujui oleh seluruh ahli.
Dalam hubungan ini penubuhan Akademi Undang-Undang dilihat sebagai satu alternatif terbaik bagi memecah monopoli ini serta memastikan ketelusan dan integiriti amalan guaman di negara ini sentiasa terpelihara.
Akademi ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia sudah diamalkan di Singapura. Di United Kingdom pula, para peguam boleh memilih untuk menganggotai mana-mana empat persatuan peguam di negara tersebut.
Justeru sudah sampai masanya pengamal profesion guaman di negara ini tidak terikat dengan Majlis Peguam. Mereka wajar bernaung di bawah persatuan yang bebas, yang membolehkan mereka mengamalkan kerjaya masing-masing tanpa tekanan atau pengaruh politik.
Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, atau nama sebenarnya Mohamed hadi Putera Halim berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi yang merupakan pelakon dari Singapura turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.
PETALING JAYA: Kanada telah menutup Bahagian Imigresen dan Visanya di Malaysia.
Bermula 1 Mei, semua perkhidmatan berkaitan dikendalikan oleh pejabat di Singapura.
Malaysia adalah salah satu daripada enam negara Jerman, Jepun, Iran, Bangladesh dan Serbia yang terlibat dengan operasi memperkemas dan memodenkan imigresen, juga untuk pemotongan kos, kata Setiausaha Kedua di Bahagian Hal Ehwal Politik, Ekonomi dan Perhubungan Awam Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Stuart Shaw.
"Keputusan untuk menutup pejabat di Kuala Lumpur tidak akan menjarakkan hubungan antara Kanada dan Malaysia, kerana Malaysia akan terus kekal sebagai rakan perdagangan dan rakan kongsi pelaburan yang kukuh."
"Langkah itu juga adalah untuk mengurangkan kos overhed," katanya, sambil menambah bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan bilangan kira-kira 10,000 pelancong Malaysia yang melawat Kanada setiap tahun.
"Tidak akan ada kesukaran dalam perkhidmatan dan proses permohonan visa untuk rakyat Malaysia akan tetap sama, cuma perbezaannya kini mereka perlu menghantar pasport mereka sendiri, melalui pos atau kurier ke Singapura, di mana proses itu lebih cepat dan lebih mudah."
WASHINGTON 10 Mei - Amerika Syarikat (AS) akan mengerahkan kapal perang kelas terbarunya ke Singapura pada musim bunga ini, tindakan yang dilihat mungkin meningkatkan kebimbangan China berhubung campur tangan negara ini dalam pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan.
Pengarah Perang Darat Tentera AS, Laksamana Muda Thomas Rowden berkata, penghantaran kapal perang pesisir pantai, Freedom itu akan membantu menghalusi pergerakan anak kapal, logistik dan proses penyeliaan,
''Kapal perang baru itu akan dikerah berada di Singapura selama 10 bulan bermula pada musim bunga tahun depan,
''Ketika ini, kami melakukan persediaan untuk membolehkannya melakukan tugasnya di sana nanti,'' katanya.
Beliau berkata, Kapal Perang Pesisir Pantai adalah kepala perang terbaru yang mampu mencapai kelajuan melebihi 40 knot dan digunakan untuk membersihkan periuk api, selain perang anti-darat dan anti-kapal selam.
JOHOR BAHRU 10 Mei - Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian pergaduhan yang didakwa melibatkan ekspatriat Singapura di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa, Mersing pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sehingga kini, sebanyak sembilan laporan telah dibuat oleh saksi-saksi yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang ketika itu berada di pulau terbabit.
"Setakat ini, seramai sembilan orang saksi telah dirakamkan percakapan mereka bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Portal akhbar Singapura baru-baru ini melaporkan, empat ekspatriat negara itu didakwa diserang ketika bercuti di Pulau Rawa.
Laporan itu menyebut, seorang lelaki British berusia 28 tahun mengalami kecederaan, manakala rakannya seorang warga Jerman mengalami pendarahan di otak yang dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi, namun, telah dipindahkan ke wad biasa kelmarin.
KUALA LUMPUR 4 Mei - Dakwaan berhubung perbuatan salah laku berunsur khianat, penipuan dan salah guna kuasa yang kononnya dilakukan oleh Perdana Menteri dan kesemua bekas Perdana Menteri hanya merupakan tohmahan semata-mata.
Pernyataan yang dibuat tanpa sebarang asas itu menuntut beban pembuktian yang kukuh dan khusus kepada pihak yang melemparkan tohmahan tersebut.
Perkara itu antara yang terkandung dalam pernyataan pembelaan bagi menjawab tuntutan saman yang difailkan oleh seorang bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Januari lalu.
Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mendakwa mewakili 403 pegawai dalam perkhidmatan dan yang telah bersara daripada ATM menamakan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan enam yang lain dalam saman tersebut termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia atas dakwaan salah laku penjawat awam sehingga menjatuhkan maruah kor pegawai ATM.
Selain Najib, beliau menamakan kesemua bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai defendan kedua.
Tengku Zainal Abidin selaku pihak plaintif turut menamakan Ketua Setiausaha Negara, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura sebagai defendan ketiga hingga ketujuh.
Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, saman itu berkaitan kecacatan, keanehan dan ketidakseimbangan dalam perhubungan antara sivil dan tentera di negara ini serta salah laku berunsur khianat dan penipuan oleh defendan-defendan dari 16 September 1963 hingga 16 September 2013 terhadap kor pegawai ATM.
Menurut beliau, penipuan itu dilakukan dengan cara memotong kuantum gaji kor pegawai supaya menjadikan status mereka lebih rendah daripada pegawai awam lain dalam sektor awam.
Pernyataan pembelaan oleh defendan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam itu difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan pada 12 April lalu.
Selain pernyataan pembelaan, pihak defendan berkenaan turut memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 19 April lalu.
Ia atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan sebarang sebab tindakan yang munasabah, remeh dan menyusahkan selain menyalah guna proses mahkamah.
Defendan tersebut tidak termasuk Kuan Yew dan Kerajaan Singapura, turut menuntut pihak plaintif membayar kos permohonan tersebut dan segala kos berbangkit selaras dengan peruntukan Seksyen 2(b) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
Kes saman itu yang sebelum ini ditetapkan di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham bagaimanapun kini dikendalikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera.
Ketika pengurusan kes saman itu, Vazeer Alam menetapkan 11 Jun depan untuk mendengar permohonan kerajaan bagi membatalkan saman tersebut.
Writ saman diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan Singapura serta Kuan Yew semalam.
Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutan memohon ganti rugi am, berat dan punitif RM3 juta bagi setiap 404 pegawai ATM yang terlibat.
KOTA TINGGI 3 Mei - Kerajaan memerlukan tiga bulan lagi untuk membuat keputusan mengenai kadar tol yang bakal dikenakan di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, tempoh itu diperlukan bagi menyiapkan kerja-kerja fizikal di lebuh raya tersebut termasuk pembinaan plaza tol.
"Pada waktu ini, kerja-kerja fizikal di lebuh raya tersebut sedang giat dilaksanakan dan belum ada sebarang keputusan mengenai kadar tol yang akan dikenakan.
"Sekarang ini, ia masih boleh digunakan secara percuma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penternakan Udang, Pusat Penternakan Burung Walit dan Bio-Security Check Point di Lembah Makanan Bio-Desaru, Tanjung Sedili dekat sini hari ini.
EDL sepanjang 8.1 kilometer itu dibuka kepada umum sejak 1 April lalu dan dibangunkan oleh Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd. (MLSSB), dengan kos sebanyak RM1.4 bilion.
Lebuh raya itu memberi kemudahan kepada kira-kira 100,000 rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang-alik setiap hari, sekali gus menjimatkan masa dan mengatasi kesesakan lalu lintas terutamanya di Jalan Tebrau dan Pandan.
PADA Julai tahun lalu, Presiden Ecuador, Rafael Correa menang dalam saman terhadap El Universo, sebuah akhbar paling tinggi edarannya di negara itu. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada tiga pengarang dan seorang wartawan akhbar itu selain denda AS$40 juta.
Tindakan saman diambil selepas kolumnis Emilio Palacio mendakwa presiden itu seorang diktator dan wajar didakwa melakukan jenayah kemanusiaan kerana mengarahkan tentera menggempur hospital pada September 2010.
Tetapi pada Februari lalu Rafeal Correa menggugurkan saman tersebut. Ini kerana bantahan antarabangsa kerana mengekang kebebasan media. Walaupun menang dan mendapat ganti rugi yang besar akhirnya terpaksa mengalah kerana tindakan itu bukan memberi kemenangan politiknya.
Ini adalah satu contoh klasik di mana tokoh politik menggunakan saman untuk menutup mulut wartawan. Ia berlaku di negara Amerika Latin yang belum membangun. Ini tidak berlaku di negara maju yang menerima kritikan media sebagai satu kematangan demokrasi.
Di sebelah sini, hanya kerajaan PAP di Singapura masih mengamalkan undang-undang kuku besi terhadap media. Organisasi media berfahaman politik berbeza mendepani tindakan undang-undang hingga muflis. Tujuannya untuk menyekat pandangan kedua yang dianggap menentang kerajaan. Media dinaungi parti pembangkang Singapura dikenakan tindakan undang-undang hingga terpaksa memberhentikan operasi.
Hal seperti ini tidak dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Banyak organisasi media yang berfahaman politik bertentangan kerajaan tetapi tidak dikenakan tindakan undang-undang. Kerajaan mengambil pendekatan menjawab segala tuduhan yang ditimbulkan termasuk laporan media asing.
Ada media tempatan melaporkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin bahawa panglima-panglima tentera diarah merampas kuasa sekiranya pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum 13. Tetapi kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang sekalipun hingga kini Nizar masih gagal memberi nama panglima-panglima itu sebagai bukti.
Tindakan menyaman media adalah menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat. Ironinya bagi sesetengah orang politik, kepentingan rakyat dibelakangkan dan politik didahulukan. Maka berlakulah fenomena di mana media menjadi sasaran saman oleh orang politik.
Media berfahaman politik berbeza dengan kerajaan bukanlah luar biasa. Di Amerika Syarikat (AS) atau Britain misalnya mempunyai media yang menyokong dan menentang kerajaan. Tetapi terlalu kecil kes orang politik menyaman media kerana perbezaan itu.
Ada organisasi media condong kepada Republikan dan ada yang condong kepada Demokrat. Ini bukanlah rahsia lagi dan laporan negatif tentang tokoh-tokoh dalam kedua-dua parti ini adalah perkara biasa. Walaupun hentaman atau kritikan keras itu ditujukan kepada tokoh politik, tetapi tidak ada tindakan undang-undang kepada media berkenaan.
Menyaman media adalah tindakan bacul. Ia bertujuan menutup mulut wartawan daripada terus mempersoalkan isu yang berkait kepentingan rakyat. Orang politik di AS atau Britain mengambil pendekatan menjawab segala tuduhan media yang dianggap tidak benar mengenai dirinya. Malah Presiden Obama sendiri banyak menerima tuduhan buruk oleh media yang menyokong Republikan dan Obama menjawabnya.
Dalam konteks sosio-politik masa kini, media hanya melontarkan persoalan dan membuka dimensi baru untuk rakyat melihatnya. Persoalan itu membuatkan rakyat berfikir dan merekalah yang membuat justifikasi yang hasilnya ditunjukkan dalam pilihan raya. Maka tindakan yang bijak adalah menjawab persoalan yang dibangkit bukannya menyaman.
Dalam budaya Melayu ada disebut bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Tindakan positif ialah mengaku memang ada bangkai gajah dan berilah hujah munasabah yang mewajarkan ia berada di situ. Apabila ada yang menyoal perlulah ada pihak menjawab.
Secara teorinya media dianggap sebagai kuasa keempat negara selain legistatif, eksekutif dan judisiari. Maka secara teori juga kedudukan sebagai kuasa keempat itu boleh dimanfaatkan secara de facto tanpa kongkongan undang-undang. Tetapi hakikatnya di negara ini, media tidak diletakkan setaraf dengan tiga kuasa negara tadi. Sebab itulah pihak yang memperjuangkan kebebasan media, pihak sama juga mengambil tindakan saman. Media bertanggungjawab tidak takut disaman dan disitu terserlah sikap mereka yang mengekang kebebasan media.
Perbezaan fahaman politik antara organisasi media dan orang politik tidak sewajarnya disekat dengan tindakan undang-undang. Langkah terbaik ialah tampil dengan hujah-hujah bernas untuk menangkis laporan yang dianggap tidak benar. Ini sudah lama diamalkan dalam politik di AS dan Britain. Sebab itu di AS dan Britain walaupun wujud parti pembangkang tetapi hampir tidak ada yang mengambil tindakan saman terhadap media. Bagi mereka menyaman media tindakan yang memalukan.
Di negara jiran seperti Indonesia, selepas kejatuhan diktator Suharto dan kewujudan Dewan Pers (Majlis Media), kes-kes yang dikategorikan sebagai melanggar kod etika diselesaikan di peringkat Dewan Pers. Di Malaysia sudah dicadangkan sebuah majlis media. Ia dianggotai oleh panel bebas seperti Suruhanjaya Aduan Akhbar (PCC) di Britain. Dalam konteks tempatan, panelnya seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang bebas politik dan tiada campur tangan kerajaan.
Secara teorinya, segala ketidakpuasan hati orang politik yang dikritik boleh dikemukakan kepada majlis media ini. Walaupun majlis media tidak mempunyai kuasa undang-undang tetapi mempunyai kuasa berunding untuk mendapatkan keadilan. Kalau benar ada pihak teraniaya, majlis media akan mengarahkan membuat pembetulan. Ini penting untuk melahirkan kewartawanan beretika tinggi dan mempertahankan kebebasan media.
Tetapi dalam konteks negara ini di mana wujud pihak mengamalkan "politik sengkek" yang mempertikaikan suruhanjaya bebas seperti SPRM, adakah mereka akan menerima "penghakiman" majlis media yang tidak menyebelahi mereka? Mereka bukan mahukan keadilan. Mereka hanya mahu mengugut dan mengongkong media dengan tindakan saman. Itu helah yang sebenarnya.